Pengalaman Belajar Di Matrikulasi (KMNS)
Assalamualaikum Semua yang membaca post kali ini. Yeay!
Dah bertahun tak buka blog ini, sebenarnya dah hampir lupa ada blog. haha. Tapi disebabkan hari ini tiba tiba tergerak hati nak tengok balik apa yang diri ini dah post di sini, barulah nampak post2 kanak kanak ribena 'akak' ye. Alhamdulillah, post2 kanak kanak tersebut telah berjaya akak buang (sebenarnya save di draf semula) sebab malu nya ya Allah bila baca balik tadi. Tak ku sangka diri ini pernah ya melalui zaman zaman dimana kita rasa macam nak bajet2 'matang'. hahaa. Tak giteww. Tapi tidak mengapa kerana usia akan mematangkan seseorang. Ye dok?
Okaylah, post kali ini nak sambung semula mengenai pengalaman belajar di Matrikulasi. Ya, saya tahu ramai yang takut nak masuk matrikulasi sebab banyak spekulasi kononnya susah sangat lah, tak boleh nak catch up apa yang cikgu ajar nanti. Jangan risau semua tu. Kalau niat kita betul datang nak belajar, nak menuntut ilmu, serius dengan hala tuju diri. Inshaallah, semua nya dipermudahkan.
Untuk pengetahuan, tahun ini, sudah 5 tahun sudah akak meninggalkan matrikulasi (ayat skema) . Kenapa bahasakan diri akak? Sebab saya harap post ini akan dibaca oleh adik2 yang nak sambung belajar di matrik. Saya cuba untuk memberi semangat dan galakan untuk mereka yang memilih atau dapat tawaran belajar di matrikulasi.
Kehidupan di Matrikulasi bagi akak is my one of the unforgettable memories. Kenapa? Sebabnya, I was blessed with good teachers, classmates, roommates and friends. Tidak ada satu pun hari dimana akak rasa bosan disana. Walaupon hari2 sibuk dengan kelas dari pagi sampailah ke petang. Tapi, akak masih ada masa untuk bersukan, weekend boleh keluar outing dengan kawan2 dekat Pekan Pilah tu. Kalau nak up sikit pergi Bahau atau seremban. haha, Tak selalu pon outing jauh2. Pakai duit semua tu, duduk matrik sangat2 jimat sebab makanan masih murah lagi tak macam duduk di universiti nanti.
Jadi jangan takut, cuba fokus masa setahun (sebenarnye tak sampai setahun pun, 10 bulan sahaja di matrik) untuk belajar betul2, rajinkan diri untuk selalu pergi ke bilik cikgu belajar di sana, kalau tak faham boleh terus tanya. Cikgu2 di KMNS sangat2 baik dan memang akan tolong bagi student faham sesuatu subjek tu. Akak ambil modul 2 masa matrik dulu. Modul 2 ni untuk mereka yang memang dah target nak sambung jurusan engineer atau apa2 sahaja yang tidak melibatkan biologi. huuhu. Akak memang dari dulu tak minat biologi, kalau fizik, kimia dan addmaths tu memang suka. Kalau sesiapa yang berminat untuk jadi doktor atau bekerja di bahagian perubatan, bolehlah ambil modul 1 atau 3. Apa yang membezakan modul 1 dan 3 ini adalah, modul 1 ade semua subjek sains iaitu, fizik, kimia, matematik, dan biologi. Modul 3 pula tiada subjek fizik, diganti dengan sains komputer. Masa akak di matrikulasi dulu, dapat roommates yang ambil modul 1 dan modul 3, So, dapatlah tengok macam mana mereka study yang ambil modul 1 macam mana struggle study, yang modul 3 pun sama belajar macam mana. Dalam bilik tu akak seorang sahaja yang ambil modul 2. Hehe.
Sekarang kawan2 yang ambik modul 1 dan 3 tu pun dapat sambung belajar dalam bidang perubatan tau. So, jangan takut ya adik2, yang paling penting rajin2 kan diri semasa di matrik, pilih kawan yang memang nak sama2 belajar dan berjaya. Tak salah kalau sekali sekala nak release stress pergi outing ke atau bersukan dengan kawan2. Lepas tu, sambung semula belajar, siapkan kerja2 yang ada tu. Kalau tidak faham, selain tanya cikgu, boleh jugak tanya kawan yang lebih pandai suruh dia explain ke kita semula.
Bagi akak, kalau nak berjaya, tidak kisahlah kita belajar di mana yang penting kalau niat dan fokus kita betul, inshaallah, kita akan berjaya. Tidak ada kejayaan yang datang tanpa usaha tau. Akak dulu masa SPM banyak main2 sangat. Konon rasa otak dah tepu, belajar pon suam2 kuku. Tapi masih harap result nak dapat straight A's. Acano tuh? Alhamdulillah, result masih mampu dapat sambung asasi di Matrikulasi. Diploma pun akak dapat tawaran, tapi tak sesuai dengan minat dan peluang pekerjaan tak banyak untuk kos tu. So, after discussion with my parents, they agreed for me to continue my foundation at KMNS. Akak ikut cakap mak dengan ayah, sebab akak yakin kalau ada keberkatan parents ni, Allah akan permudahkan segalanya. Selebihnya kita kena usaha tau adik2.
Lepas tamat matrikulasi, akak dapat tawaran untuk sambung degree. Bersyukur sangat dapat tawaran dari universiti yang akak pilih. UPM. Tapi masa tu, mak akak ada suruh apply untuk sambung degree di UNIKL dalam bidang aircraft engineering juga. Dua2 offer ni akak dapat, dari UPM dan juga UNIKL. Tengok ni adik2, peluang belajar ni luas, kalau kita berusaha kos yang kita nak memang akan dapat, jaga pointer semasa di matrik tu penting. Tidak perlu nak dapat 4flat untuk dapat offer dari universiti yang kita nak. Ni tidak apply untuk bidang perubatan ya. Kalau medic peluang nak sambung rata2 perlu 4flat atau pun 3.9.
Penat dah taip banyak2 macam ni. Tahun ni Alhamdulillah, akak dapat sambung untuk mendapatkan Master pula. Baru tahun lepas graduate untuk degree. Tahun ni dah sambung belajar semula. Doakan untuk akak supaya dapat tamat on time ya! hihi.
Nak tahu akak pilih untuk sambung belajar dimana? huhu. Tunggu post seterusnya ya. Nanti akak akan share serba sedikit kehidupan di universiti pula. Semoga adik2 yang membaca post kali ini akan bermotivasi dan bersemangat untuk menuntut ilmu.
So, akak akhiri post kali ini dengan ucapan terima kasih kerana meluangkan membaca post ini. Yang baik datang dari Allah, yang kurang dan tidak baik itu datang dari diri saya sendiri. :)
*Kalau ada apa2 soalan nak tanya mengenai belajar di matrikulasi dan universiti jangan malu2 komen je di post ini. Akak akan tolong jawabkan mana yang akak tahu.
*Merenung masa depan* (I miss Japan so much) |
Comments