Hari pertama di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS)
ni kat lab masa kimia |
ni gambar kelas yang kami tangkap mase akhir sem2 |
ni pulak maskot kakom KMNS, 2012
Assalamualaikum, hah dah lame dah aku tak update ape2 cerita kat blog yang tercinta ini,, kali ini aku nak ceritakan pasal pengalaman aku di KMNS, macam2 cerita kelakar yang memang kalau ingat balik tuh tak boleh nak lupe,, haaaahaaaah! (teringat satu cerita) Aku batch KMNS tahun 2012/2013, bru bpe bulan grade dari KMNs,( masa aku taip bru bulan 7) Mula- mula nak masok matrik ni, macam2 cerita aku dengar ckp matrik susah lah, kalau pointer terok nanti dapat kos lelong la, pastu susah nak sambung universiti la, tapi aku cekalkan hati batu aku ni pergi masok matrik jugak,, yela buat apa percaya apa yang orang lain cakap, lebih baik kita sendiri yang rasa betul ke tak matrik ni sama macam apa yang dorang cakap kan tuh.
So, masa hari pertama pendaftaran masok ke matrikulasi ia adalah hari yang sangat memenatkan dan hari paling sibok. Nak nasihatkan kat adik2 junior yang sape akan masok kat matrik especially matrik kuala pilah ni, kalau boleh jangan percaya dengan waktu yg ditetapkan untuk korang dtg, datanag seawal yang mungkin, bila ingat balik masa aku mula nak masok matrik ni, jam kat pekan pilah, tu x yah cakap la, mmg x bergerak, satu jam lebeh, kesian tengok mak ngan ayah aku, panas pula mase tuh,
ok la, lepas dapat masok, jam kat dalam matrik pulak, alhamdulillah aku berjaya dapat bilik di blok A, kat matrik nie ada tiga blok, blok A (kluster jauhari), blok B (kluster Bestari, tak silap aku lah) blok B ni blok pelajar lelaki, dan blok C (kluster cendekia, tak sure ejaan yang sebenar), blok C ni la blok yang paling jauh, nun kat atas bukit tuh,, aku pon mengangkat lah barang2 ke dalam bilik yang berada di tingkat 4, fuhhh, tingkat paling atas, bilik aku mase tuh A2-4-1, tak silap la, wing A,,
Lepas tuh,, da setel kemas barang2, berkenalan la dengan roomate baru sebanyak 3 orang, setiap bilik ada 4 orang, besar la jugak bilik kat matrik nie, selesa,,, yang penting bilik aku sebelah tangga dan dekat dengan bilik air.
Lagi satu, last advice untuk orientasi, pastikan korang semua minum air yang cukup, dan sebelum first day nak daftar tuh, isi perot kenyang2, hari pertama memang kelam kabut sikit mase orientasi,, korang kene jage perot korang taw, jangan tak makan langsung sebab aku sendiri dah rase macam mana tersiksa nye bila lapar mase orientasi,, air tuh pon sama, kene cukop, kalau rajin bawak botol air sendiri pon digalakkan,, pelajar bukan sikit mase orientasi ramai, dekat dua ribu atau lebeh, so, kene pandai-pandai jaga diri, ok,
Comments